Tuesday, May 31, 2005

Adakah Anda Isteri Yang Solehah

Petikan dibawah diambil dari blog one of my friend ..Kak Aniz(nukilan asal dari Dr Ikmal)kita pinjam ye posting tu rasa nampak menarik dibaca oleh para2 isteri dan jugak pada sape nak jadi isteri..actually terus terang le kita sendiri mengaku dari apa yang dibaca dibawah terasa diri ni byk kena diperbaiki yelah kan baru je 6 bulan masuk ke alam rumah tangga byk perkara perlu dipelajari n perbetulkan .Kalau buat silap mungkin tak perasaan ada sakitkan hati suami dalam diam.Selagi suami tak menegur kita mmg alpa la nampaknya.MARRIAGE IS GAMBLE....sape setuju angkat tangan..pada aku mmg setuju sangat.Pada sesape kakakku yg dah lama kahwin tu mesti setuju kan.Byk onak duri perlu ditempuhi bersama pasangan kita dan juga sebaliknya.Kita nie baru nak bukak buku je.Dari posting dibawah byk kesimpulan yg dpt kita dpt.Mampu kita wanita skrg menjadi isteri seperti zaman Nabi2 dulu seperti Siti Fatimah anak Rasullah s.a.w yang taat pada suaminya.Sanggup lakukan ape saja utk suami...macam posting dibawah katakan.Jika dilihat zaman skrg para isteri cuba utk jadi setaraf dgn suami so terjadi le isteri2 yg kurang ajar dgn suami sebab merasa diri sendiri ade kuasa yg sama dgn suami.Diri aku sendiri kalau tak dipupuk selalu tentang kedudukan sebenar tugas isteri mungkin akan jadi mcm tu.Sebab tu skrg terjadi byk kejadian isteri minta cerai dari suami.Dunia skrg mmg sudah terbalik dlm byk perkara.Antara kita sedar dah tidak sedar je.Rasa ckp le berceloteh takat ni.Jgn lupe baca posting dibawah.Mana yg baik dijadikan panduan bersama.No body perfect kan.Lagi2 didunia cyber nie.Sama2 lah kita perbaiki n jadi berusaha menjadi isteri solehah.Amin
(Salinan posting Kak Aniz Anwar)
Bicara Mahu Disayang Suami
Syukur dpt kita bertemu kembali dlm bicara juga tips berkaitan rumahtangga...rentetan "Bicara lalu" yang menyentuh isu poligami...Jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang terus diberikan semoga perkongsian ini mampu menyediakan kita ke arah mancapai kebaikan kesejahteraan diri rakan-rakan juga insan-insan tersayang di dunia dan akhirat...sama-sama kita kongsikan ilmu utk kemakmuran di bumi Allah...InsyaAllah...(Agak pjg juga sebenarnya tapi aniz kira amat bermakna pengisian di dlmnya...moga kita beroleh manfaat)Imbas kembali bicara kita tempoh hari...bukan maksud Aniz mengharamkan yang halal...cuma disini renung-renung...fikir-fikir para suami pengisian yang perlu diisi untuk kita sama-sama mencipta bahagia di dunia dan di akhirat, bukan sekadar diri kita seorang atpi juga pimpinan kita anak isteri...kalau dah orang kanan kita 'isteri' kita diabaikan...silap haribulan boleh jatuh dizalimi bila haknya tidak diberikan dgn sewajarnya dan secara tidak langsung cuma kekawan dalami maksud ayat aniznie bukan sekadar menzalimi org lain tapi juga menzalimi diri kita, bukankah membuka ruang dosa disitu,itu tak masuk lagi kisah anak-anak..(aset kitatu nak tolong doakan kita di hari kemudian, doa dari anak yg soleh dan solehah jika kita kembali ke alam barzakhtu)...jika pengisian mereka ini kita abaikan, aset apa, modal apalaa agaknya yg boleh kita gunakan sbg "bantuan kita"..."sumber makanan" juga kegembiraan kita di negeri "abadi" itu...Haa??Soalan cepu emaskan...FIKIR JANGAN TAK FIKIR?Jika kita sibuk, alpa..dgn nikmat dunia yg sementara...sehinggakan utk menyediakan aset-aset akhirat kita tercicir, bukankah satu kerugian yg amat besar???...betul tak, sedangkan disana nanti lebih kekal? Syaitan memang seronok...suka kita huru-hara, leka ..alpa...betul tak? Dah memang spesistu modus-operandinya nak cari geng lepak dgn "depa"kan...maka takkanlah kita yg dikirimkan Allah nikmat akal..nikmat iman...Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan hidup senang-senang memperbuduhkan diri...kasi can spesis tersbt MEMPERKOTAK-KATIKKAN kita...Sentuh pasal sunnah...hee, orang lelaki musti sukakan...spashly tang "bab menikah lagi", cuma yg peliknya tang satunie diaorg suka nak praktik..tang sunnah nabi yg lain tercicir tu yang tak cantiktu...Teringat Aniz kata-kata Dr Masitah...Poligaminie ibarat ubat..panadol kalau kita kita tak sakit tak perlulaa ambil...org tak sakit telan panadol emm mudaratlaa jadinya...huru-hara...Renung-renung..fikir-fikir...Ok...sentuh tentang tajuk kita harinie, aniz sendiri terpanggil utk berkongsi "excerpt" dr Dr Ikmalnie sebab PENGISIANNYA AMAT PADU DAN BERTEPATAN Aniz kira dlm suasana dan femenomena rumahtangga hari ini...Harinie kita cuba memahami '"ruang rujuk" para suami dan apa sebenarnya "pengharapan "mereka...terhadap suri hati yang juga isteri tercinta...moga-moga ianya boleh dijadikan panduan dan ikhtibar utk kita sama-sama mencipta bahagia di dunia dan akhirat dan menuju redha Ilahi...Amin...InsyaAllah...MAHU DISAYANGI SUAMI? Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila. Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita. Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga. Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit atau berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi. Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesyunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.
Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;
1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?
  • Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja. Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami. Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri. Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga. Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri. Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya. Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya: Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati. Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya.
  • Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan. Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya. Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah? Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allh sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka. Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi. Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.. DANPENENANG HIDUP BOLEH MENYELAMATKAN SUAMI DI AKHIRAT Seorang lelaki yang belum berkahwin tentu bercita-cita untuk memiliki seorang wanita yang boleh menjadi teman hidup, boleh memberi kebahagiaan zahir dan batin dan ketenangan dalam rumahtangga.Mereka yakin hanya wanita yang ‘baik’ saja yang boleh memberi ketenangan. Lantaran itu tidak pelik ada lelaki yang memesrai ramai wanita lain sebagai teman berhibur, tetapi enggan menjadikan mereka isterinya. Sebaliknya memilih wanita yang terpelihara, yang belum dimesrai oleh mana-mana lelaki sebagai suri dalam hidupnya. I
  • tulah sebenarnya fitrah semua lelaki. Inginkan agar wanita yang menjadi teman hidupnya boleh menjadi sumber ketenangan pada hatinya dan kebehagiaan dan kegembiraan dalam rumahtangga demi untuk menyambung zuriatnya. Tidak semua wanita boleh memberi ketenangan hidup pada lelaki yang menjadi suaminya. Wanita yang ada meletakkan cinta pada orang lain, tentulah tidak akan dapat menggembirakan suami. Betapa ramai hari ini isteri-isteri yang teralih pandangannya pada lelaki lain yang ditemui setiap hari di tempat kerja, di tempat menunggu bas, lelaki yang ditemui semasa berurusan dengannya yang mana ada di antara mereka lebih kacak, lebih mesra, lebih kaya dan memangnya pandai memikat. Lelaki yang tidak pernah memikirkan samada wanita itu isteri orang ataupun anak dara orang sememangnya akan memburu dan membujuk rayu wanita itu untuk dapat memuaskan dorongan nafsu jahat. Isteri yang malang akan terperangkap dan akan hilanglah keindahan hidup dalam rumahtangga kerana hatinya sudah dapat digugat oleh lelaki lain. Cintanya telah berbelah bagi. Perhatiannya pada suami sudah tidak seseriuos seperti masa mula-mula kahwin dulu. Makin hari makin hendak larikan diri daripada suami. Apa lagi kalau semakin hari semakin nampak kelemahan dan kecacatan suami. Maka berfikir dan beranganlah mereka untuk hidup di samping lelaki lain yang ditemui saban hari di tepi-tepi jalan, di tempat kerja atau di mana saja. Sehingga kerana itu layanan pada suami makin kurang. Kasih begini memang telah berlaku dan pernah diceritakan dalam kitab. Kisah seorang wanita muda yang bersuamikan lelaki tua. Wanita muda yang jadi isteri itu hari-hari ke pasar membeli barang keperluaannya disebabkan oleh suaminya uzur dan sudah tua. Bertemulah dia dengan seorang penjual yang muda dan kacak. Pada mulanya dalam hati wanita itu biasa saja, tiada apa-apa perasaan lain bila berurusan dengan lelaki itu. Tetapi setelah kerap kali berjumpa, timbul pula perasaan lain di dalam hatinya. Hatinya mula membandingkan lelaki itu dengan suaminya. Mulalah dia nampak suaminya tidak ‘handsome’ dan tua. Sehingga hatinya mula terpikat pada pemuda itu. tetapi dia wanita solehah. Tidak mahu syaitan mempermainkannya dan tidak sanggup untuk curang pada suami yang banyak berjasa padanya. Lalu apabila balik ke rumah dia pun mengadu pada suaminya tentang keadaan dirinya. Dia meminta pada suaminya untuk tidak mahu ke pasar lagi. Dia tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki kacak pada pandangan matanya, demi menjaga iman dan untuk taat pada suaminya. Begitulah kisah seorang wanita solehah. Apa jadi kalau wanita yang tidak baik mengalami kisah begitu? Tentu dilayan kemahuan hati untuk menjadi kekasih hati lelaki lain apabila hati sudah tawar dengan suami. Ini jugalah puncanya yang menyebabkan banyak rumahtangga yang runtuh pada hari ini kerana isteri sudah tidak merasa suami itu istimewa pada dirinya yang sepatutnya dilayan sebaik-baiknya dan dimuliakan setinggi-tingginya. Didahulukan segala kemahuan dan hajatnya lebih dari orang lain walaupun kedua ibu bapanya sendiri. Kebanyakan wanita hari ini memandang perintah memuliakan atau mentaati suami sebagai tidak patut dan menganggap perintah itu sebagai menghina kaum wanita sehingga menjadi hamba abdi suami. Isteri sebegini, yang tidak nampak lelaki lain yang lebih hebat, lebih baik terhadap dirinya melainkan suaminya akan meletakkan sepenuh kasih sayang, cinta dan ketaatan pada suaminya. Dia akan sentiasa mencari-cari apa saja perlakuan yang menyenangkan hati suami. Mencari apa yang menjadi keghairahan suami dan menjauhkan diri dari membuat perkara yang suami tidak suka dan boleh menghilangkan bahagia pada hati suami. Seterusnya sangat takut untuk melakukan perkara yang boleh menggugat kebahagiaan dalam rumahtangga yang telah dibina. Lebih takut lagi untuk derhaka pada suami kerana takut kemurkaan Allah yang akan melemparkan isteri-isteri yang derhaka dalam neraka. Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Di tanya orang, “Ya Rasulullah manakah wanita yang baik?” Rasulullah saw menjawab; “Wanita yang baik ialah wanita (isteri) yang selalu menggembirakan suaminya, bila suaminya melihat kepadanya, ia selalu patuh, bila suaminya memerintahnya, dan dia tidak mahu melanggarnya baik pada diri peribadinya, mahupun harta bendanya menurut yang tidak disukai suaminya.” Siti Fatimah anak Rasulullah saw, pernah sekali secara tidak sengaja telah membuat suaminya Sayidina Ali r.a tersinggung hatinya. Lalu dia telah mengelilingi Sayidina Ali sebanyak 72 kali meminta kemaafan dan keredhaan dari suaminya itu. Perbuatannya mengelilingi Sayidina Ali itu telah menyebabkan beliau ketawa, yakni redha kembali pada isterinya Siti Fatimah. Tapi Siti Fatimah masih bimbang dan terus mengadu terhadap Rasulullah. Apa kata Rasulullah terhadap peristiwa itu? sabda baginda: “Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan Ali tidak redha padanya nescaya aku ayahandamu tidak akan menyembahyangkan jenazahmu.” Begitu sekali pentingnya isteri menjaga hati suami agar jangan sampai kecil hati, apa lagi kalau perbuatan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian di hati suami. Hendaklah dijauhkan agar tidak berlaku di dalam rumahtangga kita. Biarlah kita jadi wanita penenang dan penyejuk hati suami dalam rumahtangga sepertimana sabda Rasulullah saw bahawa baginda mencintai tiga perkara iaitu sembahyang, wangi-wangian dan wanita solehah. Biarkanlah wanita yang tidak solehah itu berkata perbuatan memuliakan dan mentaatkan suami itu sebagai kerja menghina atau mengabdikan kaum wanita, kerana tempatnya sudah bersedia menunggu. Cuma kita sebagai orang Islam, doakan mereka semoga dia insaf akan kata-katanya itu. Wanita solehah akan jadi perhiasan yang tinggi nilainya dalam rumahtangga, sumber penyejuk dan kebahagiaan hati suami. Memandangnya sudah cukup membuatkan suami lupa pada masalahnya. Atau pun merasa ringan dari segala bebanan. Tenang untuk menghadapi hari esok kerana di sampingnya ada satu sumber yang memberi kekuatan dan ketenangan hati dengan izin Allah swt. Berbahagialah suami yang memiliki isteri-isteri yang sepertimana difirmankan Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud: “maka sang isteri (wanita-wanita) yang baik itu ialah mereka yang setia kepada suaminya, mereka selalu memelihara kehormatan dirinya selama suaminya tiada di rumah, sebagaimana Allah telah memeliharanya.” Memang telah Allah jadikan wanita itu sebagai pelengkap hidup bagi lelaki. Dengan memesrai dan menggauli wanita yang jadi isterinya, lelaki boleh melepaskan ketegangan seks dan ketegangan fikiran setelah penat bertungkus lumus di tempat kerja. Persoalan di tempat kerja kadang kala begitu berat dan cukup meletihkan bagi kaum lelaki. Ketika itu lelaki amat memerlukan hiburan. Hiburan yang tertinggi bagi seorang lelaki ialah wanita, iaitu isterinya. Wanita yang dihalalkan baginya ialah isteri yang telah dikahwini secara sah di sisi syariat. Tetapi ada juga lelaki yang mencari hiburan melalui wanita yang bukan isterinya. Mereka dampingi wanita liar yang bebas, yang boleh diajak ke hulu ke hilir, ataupun mereka kunjungi wanita di rumah urut, tempat pelacuran, yakni hiburan yang terpaksa dibayar setiap kali minta dilayan. Duit habis, layanan pura-pura dan dosa kerana buat maksiat akan memburu mereka di akhirat nanti. Entah-entah kerana dosa itu mereka akan merempat hina di neraka yang penuh seksa. Itulah pentingnya lelaki memiliki seorang isteri yang sedia untuk melayan suaminya. Samada layanan dalam keperluan makan minum, pakaian dan fikiran juga lanan dari segi seksual. Kerana layanan itulah yang akan dapat menyelamatkan suami dari mencari hiburan dan ketenangan di tempat lain. Seterusnya boleh menyelamatkan para suami dari melakukan dosa. Layanan dari segi seksual penting apabila suami berhajat. Sehingga Rasulullah saw berpesan dalam hadisnya kepada para isteri supaya mereka melayani hajat suami sekalipun mereka berada di atas belakang unta, mesti ditunaikan juga. Tetapi, wanita yang tidak solehah akan memandang pesanan sabda Rasulullah saw ini sebagai tidak ada otak dan semua kaum lelaki bertuhankan nafsu seksual. Ada diceritakan, di antara para sahabat Rasulullah saw yang berpuasa apabila berbuka mereka menggauli isterinya terlebih dahulu. Ini disebabkan melepaskan dorongan seks akan mendatangkan ketenangan pada lelaki. Apabila tenang barulah datang rasa khusyuk sewaktu beribadah. Jangan disebabkan oleh terlalu letih bekerja, isteri merera berat untuk menunaikan hajat suami. Sehingga suami berasa kecil hati dan mendongkol. Isteri-isteri yang begitu akan dilaknat oleh Allah sebagaimana hadis Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, bersabda: “Bila seorang telah mengajak isterinya ke tempat tidurnya (untuk menggaulinya), lalu ia enggan datang, dia dikutuk oleh malaikat hingga waktu subuh.” Riwayat Bukhari dan Muslim Jika isteri-isteri betul-betul dapat menyediakan diri dan rumahtangga sebagai sumber dan tempat suami dan ahli keluerga mendapat ketenangan, insyaAllah suami itu akan semakin bersungguh-sungguh untuk beribadah, bersembahyang, membaca Al Quran, zikir wirid dan melakukan kebaikan dengan hati yang lapang, bila dia keluar rumah. Sebaliknya bila dia keluar rumah, hatinya tidak bimbang meninggalkan rumah kerana dia yakin ada orang yang disayanginya dapat memelihara amanahnya dan rumahtangga. Tidaklah fikirannya diganggu oleh persoalan rumahtangga yang remeh-temeh. Merdekalah fikirannya untuk memikirkan dan melaksanakan tugas seorang lelaki yang lebih besar dan berat yang telah diamanahkan kepadanya di luar rumah. Ketenangan yang didapati oleh seorang suami dari seorang isteri solehah memungkinkan suaminya untuk mencapai kejayaan hidup di dunia. Ia akan memungkinkan suami berjaya dan maju dalam perjuangannya, dalam kariernya dan sebagainya. Dan boleh menyelamatkan mereka di akhirat dari seksa Allah kerana berkat layanan dan ketenangan yang didapati dalam rumahtangga menghalang dari bertindak liar dan curang di belakang isteri.
  • Bagaimana...para isteri, tersentak kita dari lamunan? Sebenarnya Aniz sendiri banyak "terkesan" dari artikel ini...maklum kita manusia biasa tidak terlepas dr kelemahan diri...tapi itu bukannya alasan untuk kita terus membuat kesilapan dan terlena...kita diberi akal...utk berfikir...utk mencari ilmu...untuk bertindak...nyata kinikan bertepatan sekali..kata-kata Allah...ILMU PENTING UTK KITA MENCIPTA KEBAHAGIAN DAN KEJAYAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...InsyaAllah jika para suami juga para isteri memahami tentang hak dan juga tanggungjawab masing-masing tidak timbul isu mahupun masalah rumahtangga yg kritikal..Semoga pengisian ini mampu merubah rumahtangga kalian ke arah rumahtangga yang lebih ceria, berseri dan pastinya juga diredhai Allah...Panjang-pangjangjkan perkongsian maklumat ini...To Dr Ikmal sungguhpun Aniz tidak mengenali beliau tapi TERIMA KASIH UTK ARTIKEL YG BERNAS DAN PENUH HIKMAH.

Sunday, May 29, 2005

Kalau Sudah Ajal........

Khamis - 23rd May 2005..........................didalam perjalanan pulang ke rumahdari tpt kerja melalui Jln Sek 16 maghrib waktu tu...aku menyaksikan kemalangan seorang penunggang motor yg telah dihimpit hingga terlajak ke seberang jln dan dilanggar lagi oleh sebuah mercedes....mangsa meninggal disitu jugak serta merta...mula2 tak berminat nak pergi ke tpt kejadian....menunggu husband yg lama sangat pergi tengok...aku pun ape lagi menyibuk le.....1st time directly melihat depan mayat mangsa accident....ya allah dpt lihat darah pekat keluar dari kepala nye ,,,means mangsa cedera teuk dikepala n maybe otak dah terkeluar.....aku cuba lihat lebih dekat mana tahu masih bernyawa malang ajal pemuda tu sudah sampai....terseksa tgk org mcm tu....dgn keadaan tersungkur n pinggang agak terlipat.....agak sedih lihat mcm tu....nak diikutkan bkn salah mercedes tu...kereta yg mula langgar pemuda tu telah lari ...kira hit n run le kes nya.....sampai hati driver tu melarikan diri setelah melanggar org ...semoga tuhan membalas perbuatan tak berhati perut...kata saksi yg melihat motor yg dibawa terpelanting ke oppsite rood n menyebab kan mercedes terus langgar sebab dari arah opposite tu ialah kereta turun bukit and mmg le laju.......dari i/c dari hubby tgk budak tu bernama Mohd Najib Othman berumur 20 tahun dari Pahang...muda lagi...mungkin perjalanan hendak pulang ke rumah...malang tak berbau.....hingga kini masih terbayang2 lagi muka tu budak tu....ambulance dtg buat pengesahan nak menentukan masih bernyawa atau tidak..lepas dah check paramedik kate dah tak bernyawa n kena tunggu polis dtg sebab dah kes polis..yang angin tu polis punya le lembap dah le lambat sampai pkl 9 mlm tak settle lagi.....kesian le tinggal mayat tu lama2 kat situ..ape pun dari kejadian tu buat aku terfikir ajal nie bila2 masa tuhan blh ambik dari kita tak kira masa n tempat..anytime n anywhere...masa tu berfikir dah cukup ke amalan kita ....seram sejuk memikirkannya......sebelum terlambat baik le penuh amalan.....

Tuesday, May 17, 2005

Macam2 ada

Assalammuailaikum.............................
Lama tak update blog nie.....memanjang je bz..kat off jangan kate le ..bz memanjang.....dah since 2 minggu nie mcm2 terjadi...atuk jah saya kena stroke lagi sekali..gempak semua ..tak pasal2 aku kena naik ambulance ..tapi ambulance buruk le..nasib badan..alhamdulilah lepas 3 hari admit hospital atuk blh balik rumah...doctor ckp perkara mcm tu mmg akan selalu terjadi dah tak blh buat ape2 lagi.......so kami hanya berdoa tuhan panjangkan umur atuk.............amin......Aku lak masuk minggu dah 3 minggu batuk2..demam dah ok dah.....doctor dah 3x kali pegi check..mcm2 jenis ubat batuk dah aku ambik tak baik..nowdays lak tekak ni gatai2 lak ..tension betul..cepat le baik tekak oiii dah tak tahan rasanya nak batuk2 je..sakit dada la........
Minggu lepas gak kawan yg baru aku kena pida dpt berita sedih..dia keguguran ....takde rezeki lg...i'allah pida ade hikmah sebaliknya harap bersabar ye..nanti sama2 kita pregnant ye...kerja keras sikit......Dalam beberapa minggu nie pun kami di office dpt berita mukthahir .....tak lama lagi ade pengantin baru kat office ..takyah mention le sape..aku harap2 kan berbahagia hingga ke anak cucu..renjis2 dipilis...tapi tak pasti le dpt pergi ke tidak wedding korang.................bulan 7 nie class dah start balik............tapi ekk result belum keluar lagi......last semester aku mengaku kurang tumpuan pada study.....n bertekad this semester kuatkan usaha.....belajar rajin2 takmo main2 dah..duit dah byk keluar tau....nie nak masuk sem baru mana nak cekau duit...poning kepala den....takmo fikir le nanti biol kepala..................lagi satu kan bkn nak kecoh ..aku n hubby dah beli fridge ......habis le kena masak hari2 dulu janji gan hubby kalau dah ade fridge baru le masak.....habis le.....senang sikit dah ade fridge nie ..mcm2 blh sumbat..kwang kwang kwang...yg lain2 takmo beli tunggu pindah rumah sendiri....udah le rumah kat 'penthouse' nanti masa pindah org yg tlg mesti campak2 je brg kita.......sebenor budget pun takde nak beli brg..ialah baru nak hidup kan....takpe lak kumpul sikit2 le..rasanya ini je lah kot yg terbaru utk di update ...nak sambung kerja nie.....see ya