Thursday, June 28, 2007

Fail or Failure....


Minggu ni adalah minggu yg aku rasa paling sedih sekali..minta maaf aku tak dapat nak kongsi ape yang aku sedihkan..it's very P&C, cuma kat blog ni je aku dapat curah kan rasa sedih aku ni..hanya dekat husband aku curah rasa kesedihan yg aku alami sekarang....terima hubby kerana faham kesedihan yg aku hadapi sekarang dan terima kasih sebab menyokong dan menjadi tulang belakang aku selama ini..jika tidak kerana sokongan mu pasti aku sekarang akan rebah dan hanyut dibawa arus kegagalan. Kesedihan ini cuba aku lenyapkan dari kotak fikiran aku tapi nampak tak dapat dilupakan begitu sahaja. Memang ternyata memerlukan masa lebih lama lagi untuk aku ubati kesedihan ini. Aku ingat aku akan kuat menhadapi nye dan tidak memikirkan sangat, tapi bila aku ingat perih jerih, suka duka and masa yang telah aku spend kan, aku jadi sedih kembali and air mata jatuh jugak akhirnya, Allah berikan aku kekuatan dan semangat utk menempuh nya, aku berharap gagal kali ini tidak akan membuat aku gagal selama2nya.


Aku bersyukur sebab tuhan kurniakan aku semangat yang tidak pernah pudar dlm diri ini. Aku bukan tergolong sebagai manusia yang bijak tapi hanya berbekalkan semangat yang kental.Aku terima dengan dugaan mu, mungkin aku kena admit dengan silap aku sendiri yang alpa dan lupe pada tanggungjawab yang aku kena pikul selama ini. Aku sesangat alpa dan rasa bersalah itu telah memakan diri sendiri sekarang. Aku berharap diberikan peluang kali kedua untuk mencuba dan membuktikan diri ini masih lg mempunyai semangat utk kearah ITU.


Aku semamangnya tidak blh berkongsi masalah ini dengan orang sebab aku MALU pada diri sendiri , maybe ckp pada husband saje aku curahkan. Terasa lega sedikit setelah aku coretkan disini ape yang terbuku selama ini. Tdak mendapat jika kekawan mengerti apa masalah aku sebenarnya. Yang pasti aku akan cuba berusaha jika diberikan peluang sekali lagi n aku akan buktikan sampai tercapai cita2 aku yang selama ini aku impikan. INSYA-ALLAH..pada kekawan doakan kejayaan aku ye...

Labels:

Tuesday, June 05, 2007

Gian

Camne hari weekend kekawan....aku last sabtu syok sesangat sebab nye dapat lepas 'gian' yang telah lama aku teringin sangat..Last sabtu aku berpeluang untuk mendaki gunung...best giler sebab dapat tunaikan gian aku tu..So peluang yg ade aku tak lepaskan..mcm peluang seumur hidup gak le tu kan...Pelawaan Junaidi rakan sesama dolu2 naik gunung tak aku sangka..sebab byk kena fikirkan if aku berminat nak join..bila dengar naik gunung tu balik hari aku dah siap dah nak susun ayat nak bercakap gan hubby aku..sebab aku nak mengajak hubby aku sekali...Alhamdulilah hajat aku tercapai sebab hubby bersetuju nak join sama....rasa nak melompat gak masa tu tapi cover ...kihkihkihkih..

Malam jumaat lepas aku tido rumah MIL sebab thaqif aku eksport ke sana utk MIL jaga...sorry ye thaqif ibu n babah terpaksa tinggalkan thaqif hari tu gan nenek..Thaqif kecik lg kalau dah sekolah ibu ajak join sekali ye nanti..if ibu larat lg le that time...Oleh kerana hubby kerja mlm jumaat tu aku tak dpt join rombongan konvoi bertolak sama2 dari Rawang ( aku ikut group kelab BTP)...lepas hubby balik n aku jemput adik aku ktrg bertolak ..Lupe lak nak cite gunung yang aku nak naik tu namanya Gunung Ulu Semangkuk kat Fraser Hill..Dolu2 aku ade le pi sana tapi dah lama zaman2 bujang dolu, so jalan nak pi sana aku dah lupe..krtg terlajak jalan hingga menyebabkan lewat sampai ke Fraser Hill 1/2 jam lewat..sorry ye geng makcik lewat sikit..

Start 10.30 kami mula kan pendakian, actually aku sendiri tak pasti hari tu samada aku ni mampu lg atau tidak nak daki gunung..sebenor2 nya tujuan aku nak menguji aku masih lg blh atau tidak nak daki gunung..almaklum hampir 6 thn aku tinggalkan dunia pendakian gunung ni..within that badan pun dah naik berkilo2, tak mcm dulu maintain je berat badan sebab kerap daki gunung. Aku set kan diri jangan push diri utk cepat sampai as long tak le lambat sangat mcm cipan. Cuaca pagi tu mmg nyaman, matahari bersinar membuatkan aku lega sebab jika hujan trek akan jadi susah sikit nak daki, dari pemerhatian aku gunung Ulu Semangkuk ni jarang org daki lg sebab hutan still tebal n still bersih dari sampah sarap ( sebab gunung2 yg aku biasa naik dulu byk yg dah tercemar sebab ramai sangat climbers dah sampai situ )

Sepanjang pendakian aku tgk ade pelbagai jenis cendawan tumbuh,pelbagai species gak le..trek pun agak basah maybe mlm sebelum tu hujan agaknya, tapi still ok lg utk dilalui, adik aku yang tak pernah mendaki gunung nampak maintain je aku tgk..alhamdulilah aku pun maybe sebelum tahu psl program ni aku mmg dah start jogging gan kawan..so ade le preparation sikit takle badan aku terkejut tiba2 nak mendaki gunung..Paling penting nak daki gunung ni kita tahu nak control penafasan kita, if kita tahu everything will be ok dan juga semangat mahu tinggi selain minat yang mendalam.

Tepat pkl 2pm semua sampai kat puncak..ade le seorang dua yang pancit tapi biasa le tu kan ,bg aku janji selamat. Actually puncak gunung ulu semangkuk ni ape pun tak nampak selindung dek pokok2..pada yg 1st time pegi mmg frust le..sebab tak nampak view dari puncak gunung..aku dah puas..takpe naik gunung lain ekk kekawan...kat puncak masing2 bukak bekal memasing2 yang telah diberikan oleh pihak urusetia..ayam sambal tu bekal sodap tu , perut pun tgh lapar gak masa tu..dah habis lunch ade yg solat n lepak, Langit dah mula gelap bila kami dah nak turun , belum sempat sessi photo hujan dah turun renyai2..tapi ambik gak gambar dlm hujan...memang masak le turun sebab dah hujan...trek akan jadi licin..aku mmg lemah btl kalau hujan ni sebab akan melambatkan perjalanan nak turun.

Aku sebenarnya lebih prefer mendaki dari turun gunung ni, sebab aku mmg tak suke..lutut aku ni dah tak mcm dulu..dah tak kuat sebab dulu bila turun gunung suke berlari n melompat...tule kesan nye sekarang ni..padan muka aku...perjalanaan nak turun mmg slow sebab hujan makin lebat dah lebat..kasut yg tadi nye bersih n kering dah takde rupa dah sebab dah bersalut gan lumpur n bau pun dah mcm s*#@.. kami target turun sebelum langit gelap..sebab bahaya trekking waktu mlm..bahaya sebab binatang waktu malam sangat aktif..tu pun hidung aku dah bau kuat dah bau si rimau and b*#@, alhamdulilah dlm pkl 7 kami selamat sampai ke bawah (GAP)..wpun baju n kasut dah berlumuran lumpur tapi aku puas sesangat..kena le gak gigit gan si pacat sekor..kenyang ko pacat makan darah aku kan..takpe le aku halalkan..

Lepas dah mandi , kami bertolak dari Fraser Hill pkl 8 ..alhamdulilah kami selamat pegi n balik..to hubby terima kasih ye nak ikut saya...nanti kita pegi la ye if ade peluang...so pada diri aku sendiri pun alhamdulilah badan aku ni still masih lg mendaki gunung wpun sebenarnya aku sendiri pun tak percaya..blh try le le kot kan ( tapi hari tu daki gunung tak bawa beg mesti le blh kan..kalau bawa beg mesti pancit giler nye kahakahakah)....on the way balik tu kalau blh nak terbang je balik sebab dah rindu kat Thaqif..mesti tercari sebab ibu n babah takde satu hari..agaknya dia berfikir kenapa le sampai malam keje ni parent aku ni.....lepas hantar adik aku sampai rumah mertua pkl 11 lebih apelagi terus je lah terkam anak..rindunyaaa

So that is my story of Gian...if ade peluang lg aku nak gak pegi lagi daki gunung..bagus utk kesihatan dan blh gak beriadah kan..so kalau sesape ade plan nak daki gunung yg dekat2 tu btahu ye..chow

Labels: