Thursday, September 18, 2008

Shopping, Batuk n etc

Semalam aku berjaya sampai ke Sogo seperti yang aku plan wpun sebenarnya plan aku tak berapa menjadi. Dlm pkl 11 lebih gitu aku sampai sana. Dari tasik perdana dah start jln nyer...Padan muka husband aku , dah plan pi selasa dia nak pi semalam. Ktrg park kat belakang Epf je n kena jalan skt ke Sogo..msk Sogo terus ke children dept.....perghh ramai btl org..sampai laga2 bahu..Mula thaqif ok then dia dah mcm tak btl dibuatnya..suruh babah dia bw jalan2 ke floor lain..kalau tak mmg tak aman aku nak shopping..Semalam shopping baju dia jer..ibu n babah dia tak payah...semalam pun angah aku dlm pantang suruh belikan utk anak2 dia sekali. Tgk pada cash dlm purse aku tak ckp lak nak byr nyer sebab hubby keluar ngam2 utk anak dia jer...then baru aku teringat aku ade debit card....so guna kan tu jer lah..credit card aku tak pakai dah (buat masa ni ler)...Aku dok dlm sogo sampai ke pkl 2 lebih..takle byk pun shopping tapi tang nak memilih tu jer agak slow skt sebab ramai org sangat...Tercapai impian thaqif nak baju ultraman...babah dia kena pau gak patung ultraman...padan muka lagi.

Dah keluar sogo ingat nak le berjalan kat Jln Tar tapi disebab kan cuaca panas amat sgt semua tu tak jadi. Balik tu mak aku lak nak tumpang balik..dia dah start keje today setelah bercuti selama 2 minggu dek rumah dia di renovate...Sampai rumah mak aku alamat nyer terus berbuka kat sana ler..sampai sana anak beranak terus tertido..best nye tido siang dah lama aku dpt nikmat tido siang nie...Petang tu pegi pasar ramdhan kat TM...kali ni aku pegi kureng menarik ler pulak..semalam aku puasa tak rasa lapar tapi haus yang amat sangat tak tahu kenapa lak..Mlm nyer lepas berbuka dlm pkl 8 lebih ktrg balik ke rumah..sungguh letih hari aku smlm

Start malam tadi tekak aku dah terasa perit balik..adei kena batuk semula ke pulak...baru je batuk last week..thaqif pun batuk on off..Semalam sblm tido aku n thaqif mkn madu with limau untuk elkkan batu makin teruk. Pagi ni nak sahur adeii tekak aku perit tak blh ckp ler..pastu gan kahak lak....adeiiiii ..cobaan aku dibulan pose ni..sll bln pose aku tak penah kena gini....

Today dah 18hb, baru aku perasan aku dah lewat 4 hr ni...ade ape2 ke ekk..beberapa bln ni aku cycle cantik je on the dot jer..just wait n see

Labels:

Tuesday, September 16, 2008

Gaji, Bonus and 16 Sept.

Dah 16 hari kita berpuasa today, alhamdulilah aku dpt berpuasa takat ni..esok lusa aku dah 'beraya' ler, kan best kalau dapat puasa penuh kan..ingat dulu masa still fully bf thaqif tahun 2006 aku berjaya puasa penuh sebab belum period that time. Aku nak bercerita pasal gaji n bonus. Smlm tpt keje aku dah keluar gaji n bonus...tapi aku takut nak keluarkan takut tersalah guna. Korang mesti pelik awat ler awal nyer gaji..aku sendiri pun pelik sebab nye govt sector yang lain tak pun dapat gaji awal mcm company aku ni. Alhamdulilah bab bonus aku dpt le jugak skt mengikut prorate disebabkan aku baru keje 5 bln kat tpt baru ini, ingatkan tak dpt boleh ler buat belanja raya nanti. Semalam jugak aku membuat budget dengan segera untuk megelakkan salah 'guna' gaji aku yang sememangnya untuk belanja bulan October. Aku dah siap asing kan segala hutang piutang yang perlu dibayar tiap2 bulan untuk mengelakkan aku 'terguna' n sampai lupe diri..kihkihkihkih. Memang penting buat list budget ni setiap kali gaji supaya kita tak berbelanja lebih dari pendapatan kita. Cuma satu je tiap2 bulan aku fail bab menyimpan ni. Aku tahu betapa penting nyer menyimpan ni, bulan ni aku akan usahakan ke arah itu.

Korang dah shopping for raya, untuk aku sendiri takde nyer shopping pun hanya baju kurung murah yang aku beli ms sales, itupun lepas tu aku akan aku guna kan untuk pegi keje. Untuk si kecik aku jer esok babah dia ajak pegi shopping, baju melayu si kecik aku tgh siap kan jahit kat leher. baju dijahit oleh kwn aku, tapi tang leher aku baru belajar jahit..ok menjadi gak..sape2 yang nak ambik tempahan blh gak...kihkihkihkih. Selalu kalau raya ni mmg aku n husband lebih kan kat thaqif je tu pun secara sederhana jer. Untuk rumah aku pun takde apa2 pun aku tukar, maybe alas kaki jer kot.

Today 16 Sept dikatakan sebagai hari pembentukan Msia n juga akan terbentuk kerajaan baru, just wait n see. Aku suspen gak dibuatnya . Harap semua berjalan lancar, sebab sekarang ni aku tgk politik kat Malaysia nak carca marba dibuatnya. Mcm2 kes ler yang kadang buat aku menyampah nak tgk berita kat tv....asyik le cite politik. Aku sendiri yang sedang belajar politik tak sama gan ape terjadi politik dialam realiti . Semalam pun aku tgk kat berita pasaran jatuh menjunam disebab 2 syarikat kewangan gergasi kat US jatuh muflis, takut nyer kalau tahun ni jadi lg mcm tahun 2007 , harap2 jgn ler jadi mcm tu. So kekawan use your money wisely n elakkan kan pembaziran yer. Aku sendiri pun sentiasa ingat kan diri aku mcm tu. Selamat berjimat cermat.

Labels: ,

Thursday, September 11, 2008

Ramadhan Al Mubarak

Salam semua. Tak terlambat rasa nye aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua blogger. Today dah pose yang ke 11 dah kan , kejap jer rasanya. Alhamdulilah dpt lg berpuasa sampai ke hari ini. Tahun ni bln aku jadi ' baik'..Baik tang mana tu yer...bln pose kali ni aku psg azam tu masak sendiri berbeza2 dari thn yg dolu hanya membeli..alasan tak sempat msk sedangkan tpt keje dl 5 minit jer dari rumah..Thn tpt keja dah jauh blh lak sempat msk. Dari 11 hari pose 9 hari aku dpt masak sendiri kat umah. Yang lg baik nyer aku tak pi pasar ramadhan...Pelbagai menu dah aku try takat ni sampai dah ketandusan menu..Aku msk tak le sedap mana tp suami n anak aku berselera gak mkn ler. Aku msk simple jer .So far husband n anak aku kate sedap..tu lg bersemangat nak masak tu...Hari minggu ni kena top-up fridge aku sebab dah hampir kosong isi kandungan nyer.

Bulan pose ni aku target gak to lose weight. Kesempatan yang ada aku pasang azam ler nak buang kan lemak2 yg terlebih kat badan aku nie. Selalu during bln pose aku blh turun 4-5 kg sepanjang pose and akan naik baik ms raya..adeiiii..mana tak nyer makan tak ingat punya psl. Tapi this year aku takmo tu berlaku semula..aku nak turun kan berat kan badan sebab kesihatan..tu jer niat aku. Memang berat badan aku skrg ni dah kritikal kalau dibiarkan akan makin 'jinak' ler lemak dlm badan ni nanti. So aku jaga makan aku bln pose nie. Sahur aku hanya ambik oat with kismis, kopi and minum air putih sebanyak blh. Masa berbuka dah aku hanya ambik nasi skt tp lebih pada lauk, tapi tak bertambah ler sekali makan jer. Kurma mmg menu utama gak . Minuman ais mmg aku elakkan..Aku mula kan berbuka gan kurma dah seteguk air putih n terus makan. Tu psl aku ckp tahun ni pose aku 'baik' sangat sebab tahun2 sblm ni mmg aku pulun habis air sejuk..lagi kalau pi pasar ramadhan tu tgk org jual mcm2 jenis air mmg beli nyer. Tahun ini aku said no that those ice water yang sememangnya drg guna air paip kan. Dari diet aku ni pun aku suke sebab blh byk kan susu badan aku. Kurma and oat sah2 leh byk kan susu badan. Beruntung le thaqif bln pose ni dpt minum susu ibu byk..

Takat ni sajer le post aku kali ni. Byk keje sebenarnya tp sebab blog aku dah rindu sangat nak update blog aku curi2 time update blog aku...selamat berbuka..

Labels: , ,