Friday, January 16, 2009

Cite-cite

NURSERY

Today dah minggu kedua thaqif aku letak kan nursery. Alhamdulilah last week masuk hari 3 dia dah tak nangis..dah dpt kwn lupe ler ibu dia. Aku tgk dia happy kat nursery tu. Teacher dia ckp kuat makan and suke study tapi tak reti duk diam..Alhamdulilah dia tak buat hal kat nursery. Takut2 gak if bila jemput dia teacher mengadu dia gigit budak2 yg lain ker..so far so good.Agaknya dia faham gan peringatan aku kat dia yg berkali2 jgn gigit kawan2 kat situ. Berdosa gigit org aku ckp gan dia. Bila jemput dia waktu balik aku tgk dia happy jer and bila masuk kereta jer mesti tanya nak mamam..so tiap2 hari aku kena ade bekal utk dia makan dan jugak dia mesti nak ade air utk minum. Thaqif if makan ramai2 dia mmg suke and berselera. Harap2 every thing will be ok sepanjang dia kat situ.

KARENAH THAQIF

Dah 3 hari bila on the way balik aku kena singgah stesen minyak, sebab nya Thaqif akan mengadu nak terberak..Perghh kelam kabut gak aku dibuatnya terkejar2 nak cari toilet. Kalau masa ambik kat nursery selalu aku akan suruh dia kencing dulu and dia kencing tapi bila suruh berak takmo. Agaknya lepas minum air byk dia baru rasa nak terberak. Wpun aku agak semput melayan kena jugak ler. Nasib baik btl2 nak membuang bkn main. Thaqif kalau makan byk mmg nak membuang jer. Lagi satu perangai dia since tak pakai diaper ialah suke menahan kencing..dah tak tahan sgt baru ckp nak kencing..kadang2 aku sakit hati gak. Lagi waktu mlm sblm tido berkali2 suruh kencing dia kate tak nak at last terkencing atas katil , but bila aku pakai kan diaper keesokan hari nya tak lak dia terkencing..sanggup dia menahan..dia dah rasa geli nak kencing dlm diaper kot.

PREGNANCY

Today genap aku 22 weeks @ 5 1/2 mths, kejap rasanya. Last week aku dah buat MGTT @test diabetes. Minggu dpn aku ade check up baru dpt result nya..Suspen gak ni harap2 takde kena lg mcm thaqif dulu.Siksa woo aku kena jaga makan.Tapi dulu aku tgk thaqif lahir tak ler besar mcm pengidap diabetes yg lain.Dulu pun doc suruh aku jaga sebab dah obesiti and not kronik diabetes. MInggu depan aku check up hari rabu malam.AKu lemah btl ler check up waktu malam ni..meletihkan and bila dah letih mesti bp aku akan jadi border jer mana aci kan..Doc ade ckp if aku border jer kena check BP tiap minggu..letih nya aku dengar weiii..Harap2 everthing will be ok and smooth.Doakan utk aku yer kekawan..

STUDY

Ahad ni aku dah start class balik. Kejap jer rasa nye dpt bcuti dari membaca buku ni..tapi aku masih lg bersemangat utk belajar ni.Moga2 dipermudah kan perjalanan aku sepanjang belajar ni even nanti semester ni masa nak exam aku tgh sarat. Class ahad ni aku 'tepaksa' ponteng class petang disebab kan kena pegi wedding my fren wedding. Nasib baik baru class pertama, if terkena class ke 3 0r 4,,sorry le aku mmg takde pi wedding ko Shidah sebabnya class ke 3 & 4 penuh gan test and quiz..akan rugi ler kira nya jika aku absent..Taknak ler fail sebab kan pegi wedding kawan kan...Aku belajar pun bkn ade duit sgt tu pun sebab guna duit EPF..nasib baik muda2 dah keje and blh guna EPF for study, kalau tidak tak merasa ler nak sambung belajar .

SUBSIDI KERETA

Korang dah claim subsidi kereta. Kelmarin aku dah pi claim kat post office. Sronok gak kan mcm dpt bonus kali ke 2. Tapi subsidi bkn aku dpt tapi hakmilik husband aku. Even kereta tu nama aku tapi dia yg byr tiap2 bln, byr for maintenance and byr insurance, but hasil subsidi tu aku dpt skt dia bagi duit poket buat belanja..Aku dah plan esok nak ke Jusco nak beli sandal and baju pregnant.Sandal yang ade tu dah haus tapak nya and tak bpe selamat utk dipakai.

Ok ler bebs, today is jumaat rehat lama tapi malas nak keluar ,makan buah jer dulu nanti if lapar sgt baru aku cari food nak makan. Selamat ber- weekend...

Labels: , , , ,

Monday, January 05, 2009

Hari pertama.....


THAQIF AND NURSERY

Today yelah hari pertama thaqif join nursery. Walaupun hati ni berat tak terkata tetapi aku terpaksa menghantar nyer ke nursery.Jangan ckp ler bermacam2 kat fikiran aku ni malam tadi masa nak tido bila memikir kan nak letak thaqif kat nursery..Begini kot perasaan semua ibu2 bila nak tinggalkan anak2 depa gan strangers. Memang btl2 gamble ler kan nak biar kan drg gan org baru drg kenal. Keputusan ini dibuat setelah berfikir pro and kontra. Selama ni dari lepas pantang sampai 2 thn along aku yang jaga then babah thaqif lak continue jaga. Aku tak dpt menunggu sehingga mendapat tempat di nursery tpt keje aku wpun aku rasa maybe dlm 4-5 lg dapat ler .

Korang memang tak tahu cite ler alkisah psl penjagaan thaqif ni. Sebab nye aku tak penah bercerita kat blog ni. Aku dah rasa susah senang sejak tgh tahun lepas lepas along aku takmo jaga thaqif. Aku gamble tinggalkan dia gan babah dia kat rumah selepas mengambil keputusan takmo tinggalkan dia gan babysitter lain. Kesian gak gan husband aku balik keje dr shift mlm, siang tu kena menjaga thaqif. Dia hanya blh tido bila thaqif tido, if not kena ler bjaga. So ckp ler selama 7 bln sebelum ni dia menjaga thaqif. Salah satu sebab lagi nya aku dah tak larat tiap2 hari berkejar ke tpt keje sebab kena menunggu husband aku balik keje. Tiap2 hari blh dikatakan punch card aku merah., udah ler aku ni belum confirm. Buat naya je nanti kena buang keje. Reputasi keje kena ler jaga kan. Lagi aku baru je keje tpt skrg ni. Wpun boss aku faham aku takmo take granted ler kan. Sebab aku tahu seorang pekerja paling byk dinilaikan dari segi displin bkn mutu keje jer. Kalau keje bagus tapi hari2 dtg lambat payah gak..nanti appraisal kureng ler marks aku kan. Lepas ni dpt ler husband aku tido dengan lena.Dia pun rasa lain mcm sebab takde kwn nak gaduh.

Pagi tadi aku mmg entah camne syahdu btl nak meninggalkan dia. Lama jugak aku menahan air mata aku dr gugur. Aku yang punya brutal sebelum ni tapi sejak jadi ibu jadi sensitif lak bila pasal anak. Nasib baik korang tak tgk camne aku nangis dlm keta tadi...uhukuhukuhuk..tapi aku tahu aku buat tu yg terbaik. Takpe ler kalau korang nak kutuk aku tu pun nak nangis..aku tak biasa ler tinggalkan dia dengan strangers..belum ade pengalaman gan nursery nie. Hati asyik cuak jer. Aku memilih nursery tu sebab kwn2 recommend. Harap2 anak aku dibawah jagaan nursery yang bagus ler.I'allah. Kawan2 doakan yer.

Wpun tadi masa aku tinggalkan thaqif dia menangis bagai nak rak aku buat tak pandang jer, kalau nanti lg berat hati aku nak meninggalkan dia. Tadi aku call nursery tanya dia camne, dia kate thaqif ok makan selera. Bersabar yer sayang ibu nanti dah lama2 thaqif dah ade kwn ok ler tu kan.

Berkilo2 pesanan aku kat thaqif dr semalam, jgn nakal2, ikut ckp , JANGAN GIGIT ORG (thaqif ni akan mengigit jika org kacau dia)tu ler aku paling risau tapi dia friendly org nya. Harap2 thaqif bahagia dok kat situ and belajar camne independent tu paling penting.

CUTI AND KEJA

Today gak aku kena cover keje org sebab kak sorang tu cuti anak dia msk darjah satu hari ni...Sakit perut aku menahan kencing bila ramai sangat student dtg. Sebelum ni kan aku dah sakan cuti time ni drg lak bcuti. Takpe ler sabor jer lah.Keje pun dah mula byk bila msk january ni sebab sblm ni agak relax sebab student baru masuk semester baru kan.

OK ler aku dah habis idea nak tulis ape dah sebab kat kepala dok fikir nak pi ambik buat hati sayang aku tu. Mesti tgh menunggu mana ler ibu dia ni tak ambik2 dia..Rindu nyer kat thaqif..ok ler bye2.

Labels: , ,