« Home | Ramadhan Al Mubarak » | HAPPY 30TH BIRTHDAY TO ME » | Menghitung hari » | Bulan August..... » | Happy 55th Birthday Mak...... » | I'm back » | Cerita-ceriti » | Istidraj » | Aidilfitri 2007 » | Sampai bila???? »

Gaji, Bonus and 16 Sept.

Dah 16 hari kita berpuasa today, alhamdulilah aku dpt berpuasa takat ni..esok lusa aku dah 'beraya' ler, kan best kalau dapat puasa penuh kan..ingat dulu masa still fully bf thaqif tahun 2006 aku berjaya puasa penuh sebab belum period that time. Aku nak bercerita pasal gaji n bonus. Smlm tpt keje aku dah keluar gaji n bonus...tapi aku takut nak keluarkan takut tersalah guna. Korang mesti pelik awat ler awal nyer gaji..aku sendiri pun pelik sebab nye govt sector yang lain tak pun dapat gaji awal mcm company aku ni. Alhamdulilah bab bonus aku dpt le jugak skt mengikut prorate disebabkan aku baru keje 5 bln kat tpt baru ini, ingatkan tak dpt boleh ler buat belanja raya nanti. Semalam jugak aku membuat budget dengan segera untuk megelakkan salah 'guna' gaji aku yang sememangnya untuk belanja bulan October. Aku dah siap asing kan segala hutang piutang yang perlu dibayar tiap2 bulan untuk mengelakkan aku 'terguna' n sampai lupe diri..kihkihkihkih. Memang penting buat list budget ni setiap kali gaji supaya kita tak berbelanja lebih dari pendapatan kita. Cuma satu je tiap2 bulan aku fail bab menyimpan ni. Aku tahu betapa penting nyer menyimpan ni, bulan ni aku akan usahakan ke arah itu.

Korang dah shopping for raya, untuk aku sendiri takde nyer shopping pun hanya baju kurung murah yang aku beli ms sales, itupun lepas tu aku akan aku guna kan untuk pegi keje. Untuk si kecik aku jer esok babah dia ajak pegi shopping, baju melayu si kecik aku tgh siap kan jahit kat leher. baju dijahit oleh kwn aku, tapi tang leher aku baru belajar jahit..ok menjadi gak..sape2 yang nak ambik tempahan blh gak...kihkihkihkih. Selalu kalau raya ni mmg aku n husband lebih kan kat thaqif je tu pun secara sederhana jer. Untuk rumah aku pun takde apa2 pun aku tukar, maybe alas kaki jer kot.

Today 16 Sept dikatakan sebagai hari pembentukan Msia n juga akan terbentuk kerajaan baru, just wait n see. Aku suspen gak dibuatnya . Harap semua berjalan lancar, sebab sekarang ni aku tgk politik kat Malaysia nak carca marba dibuatnya. Mcm2 kes ler yang kadang buat aku menyampah nak tgk berita kat tv....asyik le cite politik. Aku sendiri yang sedang belajar politik tak sama gan ape terjadi politik dialam realiti . Semalam pun aku tgk kat berita pasaran jatuh menjunam disebab 2 syarikat kewangan gergasi kat US jatuh muflis, takut nyer kalau tahun ni jadi lg mcm tahun 2007 , harap2 jgn ler jadi mcm tu. So kekawan use your money wisely n elakkan kan pembaziran yer. Aku sendiri pun sentiasa ingat kan diri aku mcm tu. Selamat berjimat cermat.

Labels: ,

Hahaha... pat taun sekali hapdet. Bila tengok komen kat blog orang baru tau nero masih wujud.... hehehe... okeh... selamat beli baju raya...

Adeiii sakit nyer baca..tu le suke baca blog org je sendiri nyer malas nak update...kihkihkihkih

beb,
mmg benda paling susah nak buat ialah menyimpan.. kau potong je gaji.. tak payah pk banyak2..

/aku jeles la dgr org dapat bonus.. hik hik..

Post a Comment