« Home | Cite-cite » | Hari pertama..... » | Selamat bercuti » | Thaqif Diaper free » | Coti2.. » | Kena ragut » | 4th Anniversary » | It's CONFIRM » | Shopping, Batuk n etc » | Gaji, Bonus and 16 Sept. »

Al-fatihah...........

Abang @ Mohd Khairol Nizam in Memory




1 February 2009 tepat pkl 6.34pm, di wad 6td PPUM, aku sekeluarga dengan perasaan yang terkejut dengan pemergian arwah adik aku Mohd Khairol Nizam @ ABANG . panggilan didalam family. Arwah meninggalkan kami sekeluarga ketika usia masih muda. Arwah berumur 24 ketika pemergian nya. Penyakit yang dihidapi tanpa dijangka2. Lepas di buat test air tulang sum2 baru doctor dpt dignosis yang arwah mengidap NK Cell Lieukimia. Penyakit yang jarang2 dihidap oleh manusia.

"Aggressive NK-cell leukemia is a disease with an aggressive, systemic proliferation of natural killer cells (NK cells) and a rapidly declining clinical course.It is also called aggressive NK-cell lymphoma, or large granular lymphocyte leukemia, NK-cell type"

Itu ler nama penyakit nyer. Sebelum pemergian arwah mengalami demam mengigil, mula ingat kan kena demam denggi or Chikungunya. Selama 3 minggu di hospital doctor mengambil contoh darah utk mengesan penyakit. Selepas demam, arwah diserang jaundince pulak. Makin lama badan arwah makin kuning, tetapi selera makan dahsyat ...mcm2 dia teringin makan..kami sekeluarga ikutkan saje. Tapi makin lama tak dpt pun tanda2 akan pulih hingga masa CNY arwah sesak nafas hingga memerlukan mengunakan bantuan pernafasan. After that doctor dah start guna kan steroid utk melegakan sakitnya. Sampai jumaat lepas selepas dipindah kan ke wad 6TD ( wad hemeologi) , nampak sihat je sebab mampu berjalan n bangun sendiri, selera makan pun ok, tapi sabtu tengahri tu mak terima call suruh segera ke hospital sebab arwah dah sesak nafas teruk dan memerlukan bantuan pernafasan yang lg kronik ( masuk wayar melalui mulut yang akan mengakitbatkan arwah dikomakan ) . Masa tu aku belum sampai lg ke hospital and on the way ke sana. Pesan doctor pada mak suruh ajar arwah mengucap and meminta maaf pada mak. Alhamdulilah dpt mengucap penuh dengan sendiri. Arwah sempat lagi menanya pada mak ape yang doctor nak buat pada dia and dia meronta2 melawan. Lepas O2 dipasang termasuk pelbagai lg jenis ubat yang arwah tak sedarkan diri dan terus koma. Aku tak sempat jumpa masa dia masih sedar sebab lepas dpt pelepasan dari parents terus doctor psg kan )2 tu.

Selepas tu nampak sgt yang arwah dah nazak tapi kami tidak diberitahu punya nyer. Hanya petang tu doctor memberitahu psl penyakit sebab baru dpt result sebenarnya. Kami adik beradik sorok kan dari mak dulu, sebab mak tu ade penyakit jantung , so aku risau nanti dia lak yg pengsan. Malam sabtu tu parents aku and adik aku temankan di hospital , sementara aku and thaqif balik ke rumah mak. Ikutkan hati nak je tunggu di hospital tapi fikirkan thaqif tak selesa terpaksa ler balik jugak.

Besok pagi2 lg dah ke hospital , doctor btahu arwah makin kritikal, dos ubat makin tinggi telah diberi and kami hanya mampu berdoa . Seluruh family disuruh berkumpul . Akhirnya masa aku tgh solat arwah telah pegi meninggalkan kami. Parents aku ,adik and anak buah ade disisi arwah masa tu. Rugi rasa nya masa tu tak berada saat itu. Tapi allah lebih menyayangi arwah. Arwah pegi meninggalkan kami dengan tenang. Mak aku tgk tenang dengan permegian arwah. Mcm drama swasta juga aku ms doctor mengisytiharkan kematian arwah. Aku adik beradik mmg tak dpt menahan sebak ms tu. Di bilik icu tu penuh gan kwn2 arwah.


Yang pegi relakan pergi and kita yang masih hidup ni harus diteruskan. Untuk arwah adik aku @ Abang...uda dah maafkan segala dosa2 and dah halalkan segala makan n minum. Semoga Abang ditempatkan bersama org2 yang beriman.

* Terima kasih byk2 daripada family aku kepada semua kawan2 yang telah mengucapkan takziah datang ke funeral, menelefon ,sms-ed , note di ym dan jugak di facebook


Labels:

sabaq banyak2 yer...

I'allah Oren..

salam takziah.

take care.

takziah.

Salam takziah dari saya.


Moga Tuhan cucurkan rahmat kepada roh arwah.

salam takziah

alfatihah

Nero...Salam Takziah dari akak...baru terbaca entry nero ni...

Al-Fatihah untuk arwah semoga roh arwah di tempatkan bersama mereka yang beriman...

be strong kak..takecare...

Al-Fatihah untuk arwah semoga roh arwah di tempatkan bersama mereka yang beriman...

takziah Echa...insyaAllah, arwah berada dibawah rahmatNya, kita doakan...

Echa dan family pun kena take care jugak tuh...jaga diri baik-baik...

Takziah & al-Fatihah utk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin..Amin.

Alfatihah..

Takziah atas pemergian adik.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

Be strong for ur mother echa..

SALAM TAKZIAH .... BAWA BERSABAR .... DIA yANG MAHA KUASA .....AL-FATIHAH .....: |

semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh. amin...

Post a Comment